Suatu petang di M2farm

Pulang daripada bangunan M2farm petang tadi, melewati stesen bas MBKT, hati tergerak untuk ke Masjid Putih.Kebiasaannya begitulah, saya akan selalu mengikut gerak lintasan hati. Terkadang, motor kita dengan sendirinya masuk ke suatu lorong, lalu di sana kita akan bertembung pelajaran-pelajaran baru.Adapun pelajaran-pelajaran baru yang dikutip tadi bolehlah dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu kuliah Agama & keadaan sekeliling .Di suatu ruang legar masjid, saya menemui beberapa orang pemuda yang menjual buku-buku agama bercorak tasawuf tarekat atau tasawuf falsafah. Tasawuf falsafah agak tinggi dan jika silap perhitungan, seseorang itu tersesat dan disesatkan dan dengan sebab itulah juga, sesetengah pihak mendakwa pengetahuan ini mendorong ke arah kesesatan.Tak perlu ulas panjang-panjang dalam hal ini. Ilmu Tuhan sangat luas dan tidak terbatas. Setelah berbual banyak perkara dengan pemuda di masjid itu berhubung tasawuf dan persoalan tentang hakikat diri, saya menyedari kelibat seorang lelaki yang semenjak tadi seperti ingin berbual-bual dengan saya. Perlahan-lahan dia mendekati setelah habis bualan mengenali tajuk tasawuf itu. Sejak tadi dia tumpang mendengar dan mengikuti bualan saya dan para pemuda di masjid itu. "Memang suka tasawuf ke?" tanya beliau. Saya mengangguk-angguk. Saya memang suka tapi ia sekadar teori dan sentiasa wujud halangan untuk melangkah masuk ke dalam pintu gerbang tasawuf secara serius. Risau dan gementar bergaul di dalam dada.Namun tidak banyak yg saya dapat berbual kerana sudah masuk waktu maghrib pada waktu itu..suatu petang di m2farm!!
0 Komentar untuk "Suatu petang di M2farm"

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions