Tidak ada istilah atau kata-kata yang tepat untuk memberi gambaran kepada manusia yang dilanda seribu macam keserabutan dalam menjalani proses kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, selain ujian yang terbentang luas yang sengaja dicipta oleh Allah SWT untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya di sisi-Nya.
Mungkin Istilah yang boleh diberikan kepada situasi yang dialami seseorang seperti di atas yang paling mudah dengan menyebut bahawa dia tidak mendapat keberkatan daripada Allah Yang Maha Mencipta alam maya ini.
Maka hidupnya tidak keharuan tanpa hala tuju hidup, malah bertindak melakukan perkara-perkara yang mungkin berlawanan dengan fitrah dirinya dan juga hukum tuhan, ini mungkin kerana hidupnya tidak dibayangi keberkatan-Nya.
Orang yang beriman dan bertakwa tidak akan menghadapi masalah dalam kehidupannya, apapun yang datang kepadanya, dia akan terimanya dengan baik, sama ada berbentuk ujian atau sebaliknya, sama baik atau buruk, semuanya ada hikmah yang tersirat di sebalik apa yang datang serta menerimanya dengan penuh kerelaan dan pasrah dengan ketentuan Allah.
Jika hidup sentiasa sihat dan cergas,mungkin kita suka melayan hawa nafsu kita sendiri, memuaskan segala keinginan hati, suka bermalas-malasan, lupa menuntut ilmu dan menunda amal kerana ia tidak rasa dekat dengan penyakit dan ajalnya.
Dan jika hanya kesenangan saja yang dirasa, mungkin apabila sedikit ujian datang kita pasti akan mengeluh,membenci dan marah dengan ketentuan Allah SWT.Sama halnya dengan kemiskinan,sakit dan ujian kehidupan yang pelbagai boleh menjadi perangsang meningkatkan iman atau pun sebaliknya mendekatkan kita dengan kekufuran.
Paling penting ialah apa-apa amal soleh walaupun sedikit dan sekadar termampu yang dilakukan hendaklah membekas ke dalam hati. Amal yang sedikit tetapi berterusan boleh menghidupkan jiwa adalah lebih baik daripada amalan banyak yang disertai dengan sikap ujub, takbur, riak dan meletihkan jiwa.
Firman Allah SWT dalam sural al-kahfi ayat 28.Mafhumnya :
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.”

Ya Allah, kau berkatilah kehidupanku di dunia dan di akhirat.Kau lindungilah aku dari azab api neraka-Mu ya Allah..Amin!!
0 Komentar untuk "Mencari keberkatan yang hilang"