
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Sememangnya hidup ini sentiasa sibuk.Sibuk dengan kerjayanya,sibuk dengan pelajarannya,sibuk dengan pemerintahnnya..macam-macam hal sekarang sehinggakan dalam sembahyang pun kadangkala saya masih terbayang hal-hal kerja yang masih belum selesai umpamanya.Astagfirullah..sepatutnya pada masa solat inilah kita sepatutnya melupakan hal-hal duniawi.Yang saya amat takuti ialah sudahlah dalam masa seharian kita lupa terhadap Allah malah dalam sembahyang pun kita masih lagi tidak dapat mengingati Allah dengan sepenuhnya..Padahal perkara yang paling penting bagi kita ialah untuk mendapat kehidupan yang kekal di akhirat sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu." ( Sural Al-Baqarah ayat 152). Dengan mengingati Allah pasti kita akan dapat tarik perhatian Allah SWT kepada kita.Pastinya bukan mudah untuk menarik perhatian Allah kepada kita.Macam kita hendak menarik perhatian seorang perempuan cantik.Walaupun kita sedar diri kita tidak sekufu dengannya tetapi kita masih berusaha untuk menarik perhatiannya.Memang sifat kita sering mahukan sesuatu yang cantik malah ada sesetengah orang hanya megukur perkara cantik itu dengan hanya melihat kepada wanita cantik dan lelaki tampan. Tetapi bagi yang memiliki ilmu dan berminda tinggi mereka pastinya yakin bahawa tiada yang lebih cantik kecuali Allah SWT. Kecantikan manusia hanya sekadar tempias dari percikan kecantikan Allah SWT.Saya muhasabah diri saya sendiri sebelum saya dimuhasabah di padang masyhar nanti kerana pada waktu ini matahari hanya sejengkal di atas kepala kita.Pasti kita akan bermandi peluh dan satu-satunya cara untuk selamat ialah dengan mengikut tunjuk ajar daripada Rasulullah SAW tanpa sebarang keraguan.
0 Komentar untuk "Allah Ingat kepada Insan yang mengingati-Nya."