Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah..Setelah hampir 2 minggu aku berjaya menghabiskan kursus teknikal berkaitan e-book dengan seorang jurutera dari china iaitu Mr.Ben Daoyuong @ Big Ben yang pertama kali datang ke bumi Malaysia. Diberi sebuah homestay di jalan pusara sebagai tempat tinggal selama berkursus. 9 hari bersama Big Ben, Din dan Hairu banyak meninggalkan kenangan yang manis. Big Ben dengan pelat inggeris-cinanya di tambah dengan aku, din dan hairu dengan slang inggeris-terengganu membuatkan perbualan kami sememangnya penuh dengan kelucuan..Big Ben memanggil aku muslim kerana din dan hairu katanya tidak nampak sebagai seorang yang beragama islam.Mungkin kerana dia melihat aku mempunyai janggut. Din katanya nampak macam orang india dan Hairu kelihatan macam orang afrika..kami menganggapnya sebagai gurauan.Haha..mungkin ini tanggapan ikhlas daripada dia..kami sempat mengajaknya membeli-belah di pasaraya Mydin dan yang paling menarik dia mahu melihat bagaimana cara aku sebagai seorang islam menunaikan solat..aku mengajaknya ke masjid kristal kerana di situ terdapat ruang bagi non-muslim untuk memasuki ruangan dalam masjid. Kata Big Ben lagi..di China juga terdapat ramai orang islam..secara jujurnya setelah hampir 9 hari tinggal bersama seorang yang berlainan bangsa & agama membuatkan aku banyak bermuhasabah kerana Allah SWT menjadikan kita berbagai bangsa, agama,negara dan budaya supaya kita memikirkan tentang Kekuasaan-Nya yang selama ini tidak pernah aku fikirkan..Allah Hu Robbi..
Catatan Popular
-
Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan olehAdobe Systems yang dikhas...
-
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula me...
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Cinta satu istilah yang lahir dari perasaan antara seseorang kepada seseorang ya...
-
20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN.. Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-...
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah.Segala puji hanya bagi Allah SWT yang masih mengizinkan aku untuk b...
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions
0 Komentar untuk "9 hari di Jalan Pusara.."