
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..aku diuji lagi. Satu ujian yang lebih hebat dari selalu..aku biasanya hilang motivasi jika terus berada dalam keadaan tekanan samada dari fizikal & perasaan..begitu sibuk menyiapkan kerja-kerja installation sehingga aku dilalaikan dari mengingati Tuhanku..astagfirullah..kerap kali solat di akhir waktu.Jauh sekali hendak berjemaah..dengan keadaan kilang tempat installation yang masih dalam pembinaan..tapi ini tidak menjadi masalah buatku..aku cuma kurang senang dengan keadaan semasa bekerja.Aku yakin bahawa Allah tidak sekali-kali mahu membebankan hamba-hambanya dengan bebanan yang tidak mampu di hadapi oleh hambanya..Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:
"Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan." Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur. Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.
0 Komentar untuk "Pasrah ketentuanNya"