Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Seorang ulamak iaitu Abu Nai'm al-Hafiz di didalam kitabnya meriwayatkan Ibnu Mas'ud berkata, Malaikat yang ditugaskan menjaga rahim manusia setiap kali diciptakan manusia, dia mengambil air mani manusia ( lelaki & perempuan ) dan meletakkannya di tapak tangannya kemudian bertanya Allah.
"Wahai Tuhanku. Adalah ia mahu disempurnakan sebagai manusia atau tidak..?Jika jawapannya, dia akan disempurnakan, Malaikat itu bertanya lagi : "Wahai Tuhanku, apakah rezekinya, apakah sifatnya, amalannya dan bilakah ajalnya?."Allah berfirman : Lihatlah dalam kitab besar(Ummul Kitab), lihatlah dalam Lauh Mahfuz, semuanya tersurat termasuk rezekinya, sifatnya, amalannya dan ajalnya." Lalu dia mengambil sedikit tanah tempat manusia itu akan dikebumikan lalu di uli air mani itu dengan tanah tersebut.
Sememangnya kita mengetahui tidak ada sesiapa yang berupaya mencipta malam dan siang, langit dan bumi dengan segala keindahannya melainkan ada kuasa yang hebat dan Maha perkasa iaitu Allah.
Malah, Firaun ketika saat kematiannya percaya bahawa Allah sahaja yang berkuasa menyelamatkannya daripada tenggelam ketika menentang Nabi Musa a.s. Bahkan Lenin, seorang pemimpin tertinggi Soviet Union ketika berdepan dalam kemelut peperangan meminta orang alim dikalangan orang islam supaya berdoa memohon Allah memberikan kemenangan kepada tenteranya.
Begitulah tabiat kebanyakan manusia apabila ditimpa kesusahan barulah mereka merasakan Allah sahajalah yang maha berkuasa,tiada orang lain lagi yang berupaya berbuat demikian sedangkan sebelum ini merekalah manusia yang paling kuat menentang hukum Allah..
0 Komentar untuk ".::Kita mencari Allah apabila terdesak::."