Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Saban tahun Ramadhan bertandang dan pergi.Mengetuk pintu hati, masuk tanpa disedari oleh hamba yang lupa diri. Berakhirnya ia menjadi tangis buat
si pencinta ukhrawi.Kerana belum pasti, masihkah bernafas untuk bertemunya lagi..
si pencinta ukhrawi.Kerana belum pasti, masihkah bernafas untuk bertemunya lagi..

entah mengapa, tahun ni aku begitu 'excited' untuk menyambut bulan puasa.terasa seperti ada kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya.Seminggu saja lagi..Semoga Allah memberikan aku petunjuk dan hidayahnya untuk aku benar-benar menghayati makna berpuasa yang sebenarnya..begitu juga buat sahabat-sahabat sekalian..sama-samalah kita berdoa kepada Allah..agar dibersihkan daki-daki dosa untuk kita melangkah ke bulan ramadhan nanti dengan hati yang tenang..Salam Ramadhan buat semua sahabat..
*******
Naluri kita manusia Selalu leka..
Hanya sujud dan sembah PadaNya jua..
Kini engkau ku datangi..
Berserah diri..
Bersama kehitaman masa Nan silam..
Ampunan Mu kuharapkan..
Tiada daya... aku menghindarkan..
Kesalahan dan dosaku..
Hanya Engkau Yang Tahu..
Di Ramadhan ini kabulkan doaku..
Suluhkanlah cahaya Mu..
Di malam yang penuh syahdu..
0 Komentar untuk ":.Marhaban Ya Ramadhan..::"