.:: Monolog 7 Ramadhan 1432H::.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah.Hari ini sudah 7 Ramadhan..bermakna sudah 7 hari kita berpuasa.Apa yang dapat aku simpulkan..perlunya kesabaran dalam melaksanakan perintah Allah SWT ini..rukun islam yang ke-3.Kesabaran bukan saja untuk menahan lapar & dahaga malah dalam melakukan ketaatan kepadaNya dalam bentuk Solat 5 waktu sehari semalam dan solat-solat sunat yang amat dituntut untuk dilakukan dalam bulan Ramadhan ini..terutamanya Solat sunat Tarawih.

Di dalam ibadah puasa misalnya, terdapat tiga macam kesabaran :

(1) Sabar menunaikan kewajiban Allah (puasa fardhu).

(2) Sabar dari pada melakukan maksiat kepada-Nya. Ini kerana orang yang berpuasa meninggalkan syahwatnya kerana Allah SWT, sesuai dengan maksud hadis Qudsi yang menegaskan, “Bahawa tiap-tiap amal anak Adam adalah baginya, kecuali puasa. Kerana sesungguhnya puasa adalah bagi-Ku dan Akulah pula yang akan membalasnya. Kerana dia meninggalkan syahwatnya, makanannya dan minumannya kerana Aku.”

(3) Sabar atas segala takdir kesusahan lapar dan dahaga selama puasa. Dan kerana ini Rasulullah SAW menamakan bulan puasa sebagai `bulan sabar’.

Semoga Allah menggolongkan kita semua termasuk di kalangan orang-orang mukmin yang bersifat meminta tolong dengan sabar, menunaikan kewajiban dengan sabar dan termasuk orang yang sabar atas cubaanNya...Aminn..

Wallahualam..

0 Komentar untuk ".:: Monolog 7 Ramadhan 1432H::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions