Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Pernahkah kita berfikir bahawa sebenarnya Allah mencintai kita? Pertanyaan sederhana ini jarang terlintas dalam hati kita. Rutin kerja sehari-hari yang selalu padat dengan berbagai acara, sering melupakan kita untuk berfikir ke sana. Hidup yang kita jalani dengan kesibukan rutin l setiap hari seakan memberikan pada kita pola hidup yang sudah berlalu begitu saja.
Bahawasanya ada sebentuk kurnia yang dihamparkan Allah kepada seluruh makhluknya tanpa membezakan kedudukan keimanannya. Inilah sifat Ar-Rahmaan Allah. Dengan sifat Rahman seluruh makhluk mendapatkan kurniaanNya. Termasuk kepada manusia, apakah mereka itu mahu beriman dan tha'at (taat) kepada aturan Allah (al-Islam), atau mereka yang kafir dan berpaling dari al-Islam, semua diberi kurnia oleh Allah dengan rezeki, harta-benda, anak, kesihatan, dan lain-lain. Bahkan tidak menutup kemungkinan orang kafir akan mendapatkan dunianya lebih banyak daripada orang yang beriman. Ini berjalan sesuai dengan sunnatullah, bergantung usaha masing-masing.
Selanjutnya ada bentuk cinta lain yang khusus diberikan kepada hamba yang beriman saja iaitu sifat Ar-Rahiim. Dengan sifat Rahiim-Nya, hanya orang yang beriman dan taat sajalah yang dicintai Allah dan di akhirat kelak diberi jannah. Sedang orang yang tidak mau Islam, mereka tergolong orang-orang kafir atau musyrik yang akan tinggal di naar (neraka) dalam keadaan hina.
Dengan demikian kita tidak perlu khuatir kekurangan rezeki. Selagi kita mahu berusaha yakinlah bahawa Allah akan memberikan kurniaanNYa. Allah yang memberi hidup, Dia jugalah yang memberi kemampuan untuk melangsungkan kehidupannya..
Wallahualam..

0 Komentar untuk ".:BerBaHaGiaLah..Allah itu Maha Penyayang::.."