.::Masih Cinta::.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Di alam maya ini.. Aku sekadar mahu berkongsi rasa dengan sesiapa saja yang sudi dan mengharapkan anda mendoakan semoga Allah Yang Maha Berkuasa di atas segala kerajaan ini. Permudahkan segala urusan aku.. Lindungi aku Dan Peliharalah aku..Aku tak tahu macam mana nak ceritakan apa yang aku alami sekarang..Biarlah airmata ini terjatuh hanya dalam hati..

Sesungguhnya aku yakin bahawa Allah sedang menguji aku..Itu yang aku fikirkan sekarang ini.. Tapi terlalu berat Ya Allah..Dengan ujian yang kau berikan kepada aku.Ya Allah ringankanlah ujian ini..Kau berilah aku kekuatan..aku yakin akan janji-Mu Ya Allah..Dunia sekadar tempat ujian dan aku percaya Akhirat adalah tempat sebenar-sebenarnya untuk kita berehat..Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani..

Ya Allah ya Tuhan kami,

Kurniakan Kami Rahmat Dari sisi-Mu. Dan Berilah Petunjuk kepada kami dalam segala urusan kami.
Mudahkanlah Urusan Kami Ya Allah, Permudahkanlah kerana engkaulah Yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu,

Ya Allah sempurnakanlah dengan segala kebaikan dengan rahmat-Mu,Ya Allah Wahai Yang Paling Mengasihani Daripada Segala yang mengasihani…. Amin Ya Rabal Al Amin…

Wallahualam..
0 Komentar untuk ".::Masih Cinta::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions