Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Alhamdulillah..masih diberikan ruang dan peluang untuk menulis di laman blog ini.Cuba untuk menghabiskan sisa-sisa tahun 2011 masihi ini dengan muhasabah diri..adakah rezeki yang aku perolehi sepanjang tahun ini diberkati oleh-Nya.Yang pasti aku sudah mengetahui jawapannya..walaupun lidah sering berkata tidak namun hati membenarkannya.
Aku cuba untuk sentiasa merasa cukup terhadap apa yang telah dimiliki.Memang rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu sentiasa merasa cukup dan tenang walaupun bukan hidup dalam kemewahan.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang pun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperoleh salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa.” (Hadis riwayat at-Tabrani).
Aku teringat kata-kata seorang rakan,katanya, "harta yang kita miliki selama ini terdapat juga hak orang lain yang wajib ditunaikan".Kekayaan bukan terletak pada hebatnya harta seperti kereta mewah, rumah, tanah serta perniagaan yang dijalankan tetapi kekayaan iman yang mencerminkan kesederhanaan hidup.Apabila rezeki tiada nilai keberkatan, kita sentiasa dalam suasana tidak mencukupi. Ada satu, mahu yang lain dan begitulah seterusnya namun tetap merasa kekurangan.Berkat bermaksud peningkatan serta penyuburan iaitu yang sedikit kita merasa seolah-olah banyak dan mencukupi.
Allah Maha Berkuasa untuk memberi, menarik, meluas serta menyempitkan rezeki sesiapa sahaja.Rezeki amat berkait rapat dengan peribadi seseorang. Ia akan tertahan apabila mereka bergelumang dengan dosa yang dilakukan seharian tanpa bertaubat.Aku terkesima sejenak..beristighfar diatas segala dosa-dosa yang telah dilakukan..Ya Allah.Hanya Engkaulah Tempat aku mengadu dan hanya kepada Engkaulah Yang Aku Sembah..
Wallahualam..

0 Komentar untuk ":Muhasabah 2011M:1433H::."