Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Zulaikha pernah terjerat di dalam cinta nafsu yang diimpikan indah tetapi penuh dengan duri-duri yang boleh mencarik-carikkan hatinya.Sehinggakan maruah dan harga dirinya turut dirobek.Bukan setakat itu cinta pesona itulah yg membawanya jauh dari pemilik cinta yang selayaknya…
Mengejar cinta bagai memburu buruan untuk santapan.Segala-galanya sanggup dilakukan semata-mata ingin memenangi hati insan yg ditagih.Hilang malu,hilang segan..seolah-olah DIA buta dan tidak melihat.Tapi DIA tidak buta malah Maha Melihat.Zulaikha terlupa akan pengawasanNya yang tiada pernah ada pengakhiran, yang memberinya nikmat..mengelakkan dirinya dari musibah…
Jika itulah cinta suci yang ditagih…kenapa mesti berhadapan dengan cacian, kenapa perlu menerima penghinaan…sedangkan dirinya tidak prnah mendapat tempat di hati Yusuf.Bukankah ini semua kerana cinta…Kenapakah cintanya tidak berbalas? Setelah segala usaha dilakukannya…
Zulaikha terus mencari…inikah cinta suci itu? kenapa hati terasa pedih, jiwa berkecamuk…harga diri bagai diinjak-injak…Pencarian Zulaikah menemukannya dengan cinta yang berbalas, cinta yang mengembalikan harga dirinya yg dirobek-robek dan dicarik-carik…CintaNya yang singgah di hatinya..menembusi kalbunya..menghadirkan rasa cinta di segenap jiwa bahawa inilah cinta yang menyembuhkan..bukannya memudaratkan…
Zulaikha ingin tetap pada cinta yang dihadirkan untuknya..kemudian, cinta barunya diuji…Yusuf hadir sekali lagi di dalam hidupnya…Takut jika cintanya akan teruji lagi…Dia sangat yakin cinta yang ditemuinya lebih mahal nilaiannya berbanding cinta si Yusuf…
Tetapi Allah Maha Mengetahui bahawa betapa cinta Yusuf pernah hadir di dalam diri zulaikha…Allah menghadirkan Yusuf kembali di dalam hidupnya…Berat hati Zulaikha untuk menerima kembali cinta yang pernh menyebabkan cercaan buat dirinya, cinta yang pernah mengecewakan, melalaikan, menghanyutkan…Perlukah dia menerima Yusuf kembali..??
Allah menghadiahkan Yusuf buat dirinya…Allah tahu bahawa Zulaikha memerlukan Yusuf untuk memandu dirinya untuk lebih mendekatiNya….tetapi kenapa baru sekarang? kenapa tidak sewaktu dia cuba merebut cinta itu…Kenapa bukan waktu itu?
Ini kerana Allah ingin menyiapkan Zulaikha…Insan yang diingini bukanlah insan biasa tetapi utusan milik Allah…Di kala hatinya sudah berbunga dengan cinta Illahi, Allah menghadirkn cintanya yang lalu..tetapi kali ini Zulaikha sudah pandai menafsirkan cinta tersebut menurut acuan Illahi kerana Allah telah menuntun kembali hatinya….
Walahualam.
0 Komentar untuk ".::aNTArA sABaR & IkhLAs::."