:..Hidup ini bagai lampu dinding..:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..minggu ini aku kesibukan lagi. Dengan majlis-majlis yang melibatkan orang kenamaan..biasanya majlis-majlis begini memerlukan protokol tertentu yang perlu diikuti.Kali ini kerja aku menjadi salah satu daripada permainan politik..mahu tidak mahu aku terpaksa melibatkan diri ke dalam arus politik. Ada apa dengan politik..??Wang..pangkat..projek..kontrak juta-juta..kereta mercs?? Aku juga sering minum semeja dengan kontraktor-kontraktor kelas A, mendengar mereka berbual..bagi mereka duit adalah segala-galanya..tukar kereta, gunakan pelbagai taktik untuk dapatkan tender.. entahlah..apa yang bermain difikiran mereka sejak dari bangun tidur sehinggalah mereka memejamkan mata..biarlah mereka dengan dunia mereka dan aku meneruskan kehidupan ini dengan harapan agar hidup aku didunia yang sementara ini dapat aku mencari bekal yang sebanyakknya untuk kehidupan selepas ini..semoga Allah SWT sentiasa memberikan aku taufik dan hidayahnya..janganlah aku terpedaya dengan keindahan dunia ini.
0 Komentar untuk ":..Hidup ini bagai lampu dinding..:"

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions