:..Menulis Dengan Hati..::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Aku mempunyai satu impian..Impian hidup aku adalah amat penting bagi aku. Sebab ia memandu aku ke arah satu destinasi. Aku menulis impianku itu di atas sehelai kertas dan aku tatap ia selalu. Sedar tidak sedar, ia memberikan aku satu kuasa ..Tetapi aku hanya berangan-angan Mat Jenin. Aku tidak serius dalam mencapai Impian aku sendiri..Aku perlu berubah sekarang kerana aku ada impian yang memerlukan banyak pengorbanan untuk dicapai..Your dream come first. Aku selalu berangan-angan apabila aku cuma berfikir dan rasa seronok-seronok, “ Kalau aku ini, ” “Kalau aku itu” Tetapi tiada tindakan yang aku buat..Aku yakin kehidupan aku akan lebih cool, kreatif dan bersemangat selepas aku mempunyai satu impian hidup!..Setiap kali aku mengatakan bahawa aku mesti mencapai impian ini kepada diri aku, aku sebenarnya mengiyakannya. Aku Cuba kurangkan berfikiran negatif. Sesungguhnya ia kunci utama kepada putus asa. Aku berhak untuk berjaya..Setiap Pagi sebelum pergi kerja aku selalu merenungi kata-kata ini " If you want to change things, first you must change yourself..". Aku akan terus berdoa dan bertawakal setelah berusaha dan memikirkan kekuasaan ALLAH SWT untuk menjadikannya realiti. Aminn..
0 Komentar untuk ":..Menulis Dengan Hati..::"

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions