.::ITU IRADAT TUHAN..::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah..hari ini sudah 2 hari umat islam berpuasa..puasa dengan erti kata yang sebenarnya.Bukan setakat hanya menahan lapar dan dahaga..tetapi berpuasa dengan penuh ketaqwaan..insyaAllah.Sama-samalah kita berusaha untuk menjadikan puasa kita diterima oleh Allah SWT. Hadirkanlah rasa takut seandainya puasa kita ini tidak ada nilainya disisi-Nya..Ingatlah..kita ini ada usaha & ikhtiar..Allah SWT telah berikan kita kemudahan untuk berusaha dengan segala nikmat.Apabila kita telah berusaha maka berdoa dan yakinlah DIA Maha mengetahui apa yang disembunyikan dalam hati kita..

“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)”
0 Komentar untuk ".::ITU IRADAT TUHAN..::"

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions