..:BiLa HaTi TiDaK SeHat..::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah.Hari ini sudah 23 hari kita berpuasa..Seminggu saja lagi kita akan menyambut hari raya aidilfitri..begitupun..ramadhan tahun ni aku rasa paling 'dok rok cetong'..

Payah sungguh nok istiqamah untuk beribadat..tiada kelazatan dlm setiap rakaat solat wajib mahupun sunat yang aku lakukan..niat nak cari Lailatul Qadr..tapi melihat dengan keadaan diri yang kurang bersungguh untuk mendapatkannya..bukan berputus asa dengan Rahmat Allah..

Melalui hari-hari terakhir bulan yang mulia ini dengan langkah longlai..Bukan kerana letih berpuasa..tetapi terasa jiwa ini seperti ada sesuatu yang tidak kena.“ Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan mulia ini..”

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Aku lupa..Aku terlalu mementingkan urusan dunia.Mungkin inilah puncanya..Padahal..di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang aku lakukan..

Benarkah iman kita ini ada pasang & surutnya..??Aku bertafakur sejenak..muhasabah diri..terus mengharap keampunan-Nya.
0 Komentar untuk "..:BiLa HaTi TiDaK SeHat..::"

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions