.::Mencari KeTeNanGan Yang HiLaNg::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya aku masih mampu menulis.Menulis sekadar ingin berkongsi..mudahan-mudahan akan mendapat manfaat.

Terus sabar menunggu hujung minggu untuk beristirehat setelah bekerja sepanjang minggu dari hari Ahad hinggalah ke hari Khamis.Berehat untuk mencari ketenangan..Ketenangan yang sememangnya jarang aku dapat di hari berkerja..

Memang sukar untuk kita jangkakan apa yang akan berlaku pada kita esok hari. Namun ketenangan yang dicari itu akankah kita ketemui atau tidak? Mungkinkah ketenangan yang kita cari itu berkait rapat dengan antara pengorbanan dan cinta yang kita cari selama ini?

Pelbagai perasaan yang aku hadapi kini. Ingin saja rasanya aku larikan diri seketika dari menghadapi segala ini. Ia terlalu sukar untuk aku hadapi seorang diri. Amat payah dan berat bebanannya..

Tiada siapa sangka air yang tenang akan bergelora jua....namun semua itu adalah perjalanan satu kehidupan kita seharian. Mungkin hari ni bukan hari yang baik bagi ku, namun aku pasrah itu mungkin salahku jua. Namun rasa bersalah aku terhadap Dia masih menebal kini dan apa yang aku hanya mampu lakukan dengan mendiamkan diri sahaja.
Kesedihan dan kelukaan yang terguris kini ku harap tidak mengambil masa yang lama untuk sembuh.....

"Ya Allah Ya Tuhanku~! berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi dugaan-Mu ini...Astaghfirullah..Ampunilah segala dosa-dosaku yang telah lalu..."

Wallahualam....
0 Komentar untuk ".::Mencari KeTeNanGan Yang HiLaNg::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions