.::SaYaP SyuKur & SaYaP saBaR::.

Jadilah seperti burung yang mengembangkan sayap syukur dan sayap sabar untuk meneruskan kehidupan. Hidup adalah rantaian ujian, setelah kita melalui satu ujian kita akan menemui ujian-ujian yang lain. Melarikan diri dari masalah bukanlah tindakan orang yang bijak, namun hadapilah masalah dengan cara yang baik. Usah pedulikan kata-kata manusia kerana mereka hamba yang lemah.

Nilaian manusia tidak pernah sama dengan nilaian Allah.Syukur kerana Allah itu sebagai Rabbku. Siapakah yang lebih sempurna ciptaannya berbanding Allah. Siapakah pengatur hidup manusia yang sempurna selain Allah. Apakah nasib kita sekiranya ciptaannya tidak teratur, tidak lengkap dan ada kekurangan dimana-mana? Pasti binasalah kita...Sabar itu pahit pada awalnya namun sangat manis di hujungnya. Benar apa yang telah di firmankan bahawa manusia itu sifatnya tergesa-gesa.

Ujian itu tarbiyyah supaya kita bersabar, supaya kita dapat menilai diri dan berfikir tentang kebesaran Allah. Bersyukurlah sekiranya harus bersabar kerana Allah masih memperhatikan dirimu. Sanggupkah kita sekiranya Allah meninggalkan kita, berpaling dari kita, dan membiarkan kita membuat sesuka hati di atas muka bumi ini?Mujahadah itu adalah kunci. Walaupun memenatkan namun ada kerehatan yang panjang di akhirat kelak. Segala kekuatan dan kesabaran datangnya dari Allah. Serahkanlah diri sepenuhnya kepada Allah dengan yakin.Bertawakalah kepadaNya di masa susah dan senang.Yakinlah akan janji-janji-Nya.

Wallahualam.
0 Komentar untuk ".::SaYaP SyuKur & SaYaP saBaR::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions