Diterangkan bahawa Allah memberi wahyu kepadanya yang bermaksud : “Sesungguhnya ada tujuh puluh orang nabi yang meminta ingin menjadi seperti kamu daripada-Ku, dan Aku hanya memilih engkau kerana kemuliaanmu dan ini bentuknya hanya lahiriah sahaja musibah tetapi sebenarnya adalah cinta kasih-Ku kepadamu.”
Sesungguhnya Nabi Ayub a.s merasa susah hati kalau hati dan lidahnya dimakan ulat kerana dia selalu bertafakur dan zikir kepada Allah.Kalau kedua-duanya dimakan ulat,maka dia tidak dapat lagi berbuat demikian kepada Allah.Kemudian Allah menjatuhkan dua ekor ulat itu daripada badannya.Seekor jatuh ke dalam air dan dijadikan lintah yang boleh digunakan sebagai ubat bagi orang-orang yang sakit,manakala seekor lagi jatuh ke daratan dan menjadi lebah yang boleh mengeluarkan madu yang mengandungi ubat bagi manusia
Lalu Malaikat Jibrail datang kepada Nabi Ayub a.s dengan membawa dua biji delima daripada syurga.Kata Nabi Ayub a.s kepad Jibrail: “ Wahai Jibrail,apakah Tuhanku masih ingat kepadaku?”.Jawab Jibrail a.s: “ Ya dan Allah kirim salam kepadamu dan menyuruh kamu memakan dua biji delima ini dan penyakitmu akan sembuh dan daging serta tulangmu akan kembali semula.”
Ketika Nabi Ayub a.s makan kedua-dua biji delima itu,Jibrail berkata kepadanya : “ Berdirilah engkau dengan izin Allah.”Lalu Nabi Ayub berdiri.Jibrail berkata lagi: “Larilah engkau dengan kakimu.”
Nabi Ayub menghentakkan kakinya ke tanah sehingga keluarlah air suam dan dia mandi dengan air itu.Kemudian dia menghentakkan kaki kirinya pula ke tanah lalulah keluarlah air sejuk sehingga dia boleh minum air itu.Lalu hilanglah segala penyakitnya.
Lebih jauh dari itu,badannya menjadi lebih cantik daripada dulu dan wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama sebagaimana Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “ Maka kami terima doanya dan kami hapuskan semua penyakitnya yang membahayakannya dan kami kembalikan semua ahli keluarganya bersama-sama dengannya.”
Wallaualam..
0 Komentar untuk ".::uLaT JaDi LiNTah & LeBah::."