.::MoNoLog KeiNsaFan::.

Pernahkah kita merasakan hati kita begitu kosong dan hampa, semangat terasa pudar dan hambar serta tiada lagi kekuatan jiwa. Disaat ini hari-hari yang ditempuhi terasa hambar dan kita seolah-olahnya terasing dalam dunia kita sendiri.Inilah apa yang aku sedang alami pada ketika ini..monolog di sepertiga malam..

Aku cuba mencari dimana silapnya. Adakah kerana dosa-dosa masa lalu atau kerana jiwa aku 'terlalai' dari mengingati Allah SWT. Akupun bertaubat dan memanjangkan munajat ku namun jiwa tetap terasa kosong "seolah-olah doa dan munajatku tidak sampai kelangit".Aku cuba mengalirkan air mata keinsafan tetapi hatiku rasanya terlalu keras untuk itu; seolah-olahnya air mata aku telah kering untuk itu. Keyakinan terhadap apa yang Allah janjikan tidak lagi menguasai hati dan fikiranku.

Aku cuba pula membuka lembaran-lembaran al Quran...mencari ayat-ayat yang pernah menyentuh hatiku dan aku pun cuba menghayatinya agar hatiku kembali lembut dan lunak tetapi itupun gagal.

Adakah ini adalah salah satu fasa kehidupan yang akan ditempuhi oleh sesiapa sahaja yang ingin mendekatkan dirinya pada Rabbnya atau hanya aku saja yang menempuhinya..?

Disaat-saat begini Aku mula menggunakan segala potensi dan kekuatan yang aku ada. Beberapa persoalan cuba aku timbulkan di dalam benak fikiranku...


..Dan apa yang pasti aku akan terus mencari keredhaan-Mu Ya Allah..
0 Komentar untuk ".::MoNoLog KeiNsaFan::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions