.::Hairan dan Masih TeRmeNunG::.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Dalam menghadapi ruangan hidup yang serba mencabar ini..memang tidak dinafikan adakalanya kita merasa kurang bermotivasi,hilang semangat dan sebagainya.Namun,apa jua pun masalah yang menimpa..hadapilah dengan tenang.Kawal emosi..banyakkan beristighfar..mudah-mudahan setiap nafas yang kita hembuskan akan memberi kita seribu ketenangan dalam mencari keredhaan Allah SWT buat kita semua...InsyaAllah..

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4).Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Wallahualam...
0 Komentar untuk ".::Hairan dan Masih TeRmeNunG::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions