.::Apa Yang Dia FikiR nanti Ye..??::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Pernahkah anda mengalami satu keadaan di mana anda berasa takut untuk melakukan sesuatu kerana orang lain? Anda takut untuk membuat atau tidak membuat sesuatu kerana bimbang akan menghiris atau menyebabkan orang lain berasa kurang selesa dengan anda. Contohnya seperti, anda ingin menjadi jurutera, tetapi rakan-rakan, ibu bapa dan masyarakat seolah-olah mengharapkan anda menjadi doktor. Menurut mereka, kerjaya sebagai doktor lebih menjaminkan.

Apa yang dikatakan mereka ada benarnya, tetapi jauh di dalam diri anda, anda tidak suka membedah. Anda lebih selesa dan menghayati detik anda dengan mengawal, membaiki, memantau mesin.

Ataupun anda berada dalam persimpangan sama ada untuk pergi berjumpa dengan kawan anda atau tidak. Sebenarnya anda keberatan untuk pergi memandangkan anda mempunyai tugas lain seperti kerja yang belum siap ataupun perkara lain. Tetapi anda bimbang kawan anda akan berasa tersinggung dengan anda.

Semua ini pasti pernah berlaku. Tidak kira dalam hal apa pun, kadang kala kita berasa takut atau tidak sampai hati tidak memenuhi permintaan seseorang kerana bimbang menghiris perasaan orang lain. Akhirnya kita terpaksa melakukan perkara yang sebenarnya kita tidak mahu semata-mata ingin menggembirakan perasaan orang lain. Kita terpaksa mengorbankan apa yang kita tidak mahu semata-mata ingin menggembirakan semua orang. Jadi apa yang perlu kita buat?

Perkara yang sama juga berlaku pada saya sehingga sekarang. Perkara ini bukannya mudah kerana melibatkan orang lain. Tetapi terdapat sebuah quote yang membantu saya dalam hal ini walaupun bukannya seratus peratus. Saya harap ia juga membantu anda.

“Saya tidak tahu apa itu maksud kejayaan, tetapi yang saya pasti maksud kegagalan adalah cuba menggembirakan hati semua orang.“

Ingatlah, kita tidak mampu menggembirakan hati semua orang. Akan tiba satu saat, kadang kala kita perlu menolaknya. Dan tolaklah dengan baik. Kita tidak mampu untuk menggembirakan semua orang, tetapi kita mampu menggembirakan seseorang yang penting, iaitu diri kita.

Bila merenung jauh teringat falsafah Papilon :

'I do what I want to do in this life, but not what other people want me to do'.

Wallahualam..
0 Komentar untuk ".::Apa Yang Dia FikiR nanti Ye..??::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions