.::KaSiH SaYanG Allah TerHadap HambaNya::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

1. Orang yang belas kasihan akan dikasihi Arrahman (Yang Maha Pengasih), kerana itu kasih sayangilah yang di muka bumi, nescaya kamu dikasih-sayangi mereka yang di langit. (HR. Bukhari)

2. Allah Azza wajalla berfirman (hadits Qudsi): "RahmatKu mendahului murkaKu." (HR. Muslim)

3. Tiada dicabut rahmat kecuali dari (hati) seorang penderhaka. (HR. Abu Dawud)

4. Barangsiapa tidak mengasihi dan menyayangi manusia maka dia tidak dikasihi dan tidak disayangi Allah. (HR. Bukhari)

5. Barangsiapa memaafkan saat dia mampu membalas maka Allah akan memberinya maaf pada hari kesulitan. (HR. Ath-Thabrani)

6. Pengampunan Allah lebih besar dari dosamu. (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

7. Allah Azza Wajalla merahsiakan dosa hambanya di dunia dan merahsiakannya pula di akhirat. (HR. Muslim).

8. Seorang masuk syurga bukan kerana amalnya tetapi kerana rahmat Allah Ta'ala. Kerana itu bertindaklah yang lurus (baik dan benar). (HR. Muslim)

Wallahualam.
0 Komentar untuk ".::KaSiH SaYanG Allah TerHadap HambaNya::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions