.::Istiqamah Sebagai Hamba Allah SWT::.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Alhamdulillah..hari ini aku diberi kesempatan untuk kembali memenuhi ruangan blog ini.Hampir 3 bulan tanpa sebarang arkib.Tiada ruang untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dek kerana halangan-halangan dari nafsu itu sendiri.Astagfirullahalazim..dosa terlalu menimbun barangkali.

Hari ini juga genap hari lahirku yang ke 28 tahun.Sudah 28 tahun rupanya aku menjadi mendiami dunia ini.Entah esok mahupun lusa mungkin dunia ini tidak lagi memerlukan aku untuk menghuninya.Aku sedaya upaya untuk cuba berubah.Berubah menuju ke arah yang lebih baik.Pernah berubah namun perubahan itu nyata tidak meninggalkan sebarang kesan perubahan.Perubahan yang hanya luaran semata-mata tanpa disertai niat yang benar-benar ingin berubah.Berubah bukan kerana Allah SWT,berubah bukan kerana mengikuti sunnah Rasulullah SAW..maka ternyatalah perubahan aku ini tidak diterima oleh Tuhanku kerana DIA lebih mengetahui akan niatku yang ingin berubah tidak semata-mata untuk-Nya.

Namun aku yakin Allah SWT itu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.Diwaktu dan disaat ini..aku akan terus cuba untuk menjadi hamba-Nya yang taat.Aku akan terus memohon taufik dan hidayah-Nya.Sesungguhnya Tiada daya dan upaya melainkan dengan Pertolongan dari Allah SWT.

Wallahualam..
0 Komentar untuk ".::Istiqamah Sebagai Hamba Allah SWT::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions