Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.Minggu ini saya ada banyak masa terluang.Oleh itu saya mengisi kelapangan ini dengan membaca buku.Dari majalah Mingguan Wanita sehinggalah ke majalah Dara.com..heheh.Lepas tu melarat pulak ke buku-buku ilmiah yang saya jumpa setelah menyelongkar bilik stor simpanan barang masa banjir di rumah.Saya Tertarik dengan satu kisah dalam buku tersebut dimana tajuknya ialah Malaikat Berdialog Dengan Allah S.W.T.Kisahnya bermula :
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya, "Diwaktu Allah menjadikan bumi dan bumi sering bergoncang lalu Allah menjadikan pula gunung-ganang sebagai pasaknya.Dari saat itu bumi tidak lagi bergoncang."Para Malaikat melihat dengan penuh kagum lalu salah seorang dari mereka bertanya,"Wahai Tuhan kami! adakah ada lagi makhlukMu yang lebih hebat dari gunung-ganang ini?".Allah S.W.T berfirman, "Ya ada iaitu besi". Malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan kami! adakah ada lagi makhlukMu yang lebih hebat dari besi?". Allah S.W.T berfirman, "Ya ada iaitu api". Malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan kami! adakah ada lagi makhlukMu yang lebih hebat dari api?". Allah S.W.T berfirman, "Ya ada iaitu air". Malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan kami! adakah ada lagi makhlukMu yang lebih hebat dari air?". Allah S.W.T berfirman, "Ya ada iaitu angin". Malaikat bertanya lagi, "Wahai Tuhan kami! adakah ada lagi makhlukMu yang lebih hebat dari angin?". Allah S.W.T berfirman, "Ya ada iaitu anak adam". Bila mereka menderma dari tangan kanannya sedangkan tangan kirinya tidak mengetahuinya,maka yang demikian itu lebih hebat dari angin."
Jadi jelaslah apa jua pekerjaan pun yang dilakukan hendaklah ikhlas kepada Allah S.W.T. untuk mengharap keredhaannya.Banyak pengajaran yang dapat sy ambil setelah membaca kisah ini.Wallahualam.
Catatan Popular
-
Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan olehAdobe Systems yang dikhas...
-
Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula me...
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Cinta satu istilah yang lahir dari perasaan antara seseorang kepada seseorang ya...
-
20 PERKARA JANGAN DILAKUKAN.. Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-...
-
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah.Segala puji hanya bagi Allah SWT yang masih mengizinkan aku untuk b...
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions
1 Komentar untuk "Malaikat Berdialog Dengan Allah S.W.T."
perbuatan baik tanpa ikhlas adalah sia2.. ibaratkan pasir yang ditabur di atas batu yang licin, kemudian angin bertiup kencang.. pasir tu tak sedikitpun tertinggal di atas batu itu..