Antara Perancangan Manusia & Kebijaksanaan Allah SWT..


Takdir menurut ilmu akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah ialah " Takdir yang dimaksudkan dalam ilmu Allah yang azali iaitu Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh diubah dan tidak mungkin berubah secara mutlak.Jika ia berubah ia mencacatkan kesempurnaan Allah.Berkait dengan ini Allah berfirman yang bermaksud : " Keputusan di sisi-Ku tidak berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi hamba-hamba-Ku." ( Surah Qaaf ayat 29 ). Takdir juga diertikan bahawa sesuatu perkara itu telah dianggarkan akan berlaku pada sisi Allah SWT seperti seorang bayi yang bakal dilahirkan oleh ibunya telah menerima anggaran waktu yang telah ditetapkan atau kematian seseorang itu, sama ada semasa hidup di dunia mengikut ajaran islam mahupun sebaliknya.


Tetapi di dalam meniti perjalanan hidup seharian ini pasti ada pelbagai perkara yang kita tidak mahu berlaku atas diri kita tetap menimpa diri kita.Setelah sedaya upaya berusaha mahu memiliki sesuatu tetapi akhirnya ia menjadi milik orang lain juga.Jika Allah mahu memberikan kita kebaikan tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya.Begitu juga jika Allah mahu memberikan kebinasaan kepada kita maka tidak ada sesiapa yang mampu menghalangnya. Sesungguhnya tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah SWT..
0 Komentar untuk "Antara Perancangan Manusia & Kebijaksanaan Allah SWT.."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions