
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...tanggal 03 april 2009 bersamaan 7 rabiul akhir 1430 hijriah, negara Malaysia mendapat memanda Perdana Menteri yang ke-6 dalam sejarahnya.Dato' Seri Mohd Najib Razak..satu peralihan kuasa yang dipercepatkan walaupun banyak pihak yang tidak senang dengan perlantikan beliau.Seorang pemimpin yang pernah saya berjabat salam dengannya ketika beliau menjadi menteri pelajaran pada tahun 1998..sekarang menjadi ketua Negara.Walaupun tidak terlibat secara serius dalam arena politik namun saya sentiasa mengikuti perkembangan.Terima kasih kepada Dato' Seri Najib kerana memberi hadiah yang paling bermakna sempena perlantikan beliau sebagai PM dalam ucapan sulung beliau di TV selepas itu.Penarikan balik penggantungan Akbar alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan serta pembebasan 13 orang tahanan ISA di sambut baik oleh pihak Pembangkang.Diharap keputusan ini dapat melicinkan perjalanan demokrasi di bawah era kepimpinan beliau.Terima kasih Najib..
 
 
 
 
0 Komentar untuk "Terima Kasih Najib.."