.::Teruskan Istiqamah di Hari Kemenangan::.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Alhamdulillah..Segala puji hanya bagi Allah.DIA lah yang menciptakan aku..DIA lah yang memberi aku rezeki.Hari ini sudah 29 Ramadhan..esok..InsyaAllah..hari kemenangan bagi kita semua iaitu hari raya aidilfitri.Salah satu hari yang besar dalam islam..yang dianugerahkan Allah SWT untuk kita semua selepas sebulan berpuasa..

Aidilfitri tahun ini..InsyaAllah.Akan aku sambut dengan tasbih dan tahmid kehadrat Allah SWT sebagai tanda kesyukuran..mudah-mudahan segala amal-amal kita dalam bulan puasa dan bulan-bulan seterusnya dapat menjadi bekal untuk kita dalam menghadapi saat-saat pertemuan dengan-Nya di akhirat kelak.Salam Aidilfitri 1432 Hijrah untuk semua umat islam di seluruh dunia..sambutlah hari kemenangan ini dengan penuh rasa kesyukuran..Allahuakbar..Allahuakbar..Walillahilhamd..!!

Wallahualam...
0 Komentar untuk ".::Teruskan Istiqamah di Hari Kemenangan::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions