Perasaan kecewa adalah bahagian dari gharizatul baqa'(naluri mempertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia. Dengan adanya perasaan kecewa ini menunjukkan manusia memiliki aneka emosi jiwa. Ia dapat bergembira tapi juga boleh kecewa.Emosi negatif, seperti perasaan kecewa akibat tertolak, bukannya tanpa hikmah.
Kesedihan akan memperhalus perasaan manusia, bahkan akan meningkatkan kepekaannya pada sesama mereka. Bila dikelola dengan baik maka akan semakin matanglah emosi yang terbentuk. Tidak meledak-ledak lalu lenyap seketika. Ia akan siap untuk kesempatan berikutnya; kecewa ataupun bergembira. Jadi mengapa tidak bersyukur manakala kita ternyata boleh kecewa? Kerana bererti kita adalah manusia seutuhnya.
Adakalanya cinta itu menyakitkan namun yang menyakitkan itu akan membuat diri kita lebih menghargai erti sebuah cinta.Cinta itu terlalu kuat dan terlalu indah. Cinta itulah satu-satunya perasaan yang lebih kuat daripada derita akibat kehilangan.Bila hati kecewa kerana cinta,ketika itu remuk rasanya namun apabila kita bersandar padaNya,pasti DIA akan membuka jalan yang tak kita sangka-sangka.DIA tahu apa yang terbaik untuk kita...
Kekecewaan bukannya tanda berakhirnya segala cita-cita tetapi ia boleh menjadi satu permulaan untuk membina sebuah jalan kebahagiaan.Setiap apa yang dilalui dalam hidup ini adalah pelajaran,maka di sini kita mempelajari bahawa dalam hidup ini kita tidak dapat lari daripada masalah dan kehilangan sesuatu yang kita sayangi.Kebahagiaan bukanlah seni membangun kehidupan yang bebas dari masalah. Kebahagiaan adalah seni untuk merespons dengan baik ketika masalah menghampiri kita..

"Andainya kamu menyintai manusia belum tentu cintamu terbalas,tetapi andainya kamu menyintai Allah pasti cintamu akan berbalas".Dan secebis kata indah dari hembusan angin lalu yang bertiup pilu bagi mengubati hati yang kecewa kerana cintanya tidak berbalas,terimalah kata-kata ini, "Cinta Allah kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan.Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan yang dialami oleh hambaNya."
Wallahualam..
0 Komentar untuk ".::Bermunajat di SepertiGa MalaM::."