:.Menangislah bila harus menangis:.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

“Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”


“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari kiamat”…… seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”


“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”


Berkata Salman Al Faarisi r.a: “Aku di buat menangis atas 3 perkara jua:1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.”


Berkata Ibnu Qayyim, terdapat beberapa jenis tangisan. Iaitu;

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
8) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
9) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

An-Najm 053:43. “Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.”
Wallahua’lam
0 Komentar untuk ":.Menangislah bila harus menangis:."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions