..:CaRiLaH DiMana LetaKnya HaTiMu..::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Pesan Imam al-Ghazali :

"Carilah hatimu di tiga tempat...Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat.Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.Jika kau tidak temui juga,maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana pada hakikatnya ketika itu kau tidak punyai hati"

~Tiada jalan lain wahai diri, kecuali bangun dan terus bermujahadah.Hati itu boleh berkarat,mudah jua dikotori,maka pencucinya adalah al-Quran dan mati.Semak-semak kehidupan seharianmu.Bagaimana kamu mulakan harimu?Adakah hatimu dilimpahi rasa syukur kerana telah dibangkitkan daripada kematian yang sebentar?Berapa banyak kalimah pujian kepada-Nya dilafazkan atas nikmat yang tidak henti-henti?Tanya juga pada diri, adakah surat2 cinta-Nya dihayati dan diamalkan..?

~Janganlah hendaknya kita tertipu dengan fatamorgana kemewahan dunia. Sementara masih punya waktu,burulah redha Allah supaya penghujung hayat nanti diakhiri dengan husnul khatimah.Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah takwa..

~Sahabat Ali bin Abu Talib pernah berkata, "Hati yang paling dikasihi Allah ialah hati yang paling lembut, yang paling suci, dan yang paling keras." Maksud yang paling keras ialah paling keras berpegang pada agama Allah. Maksud yang paling suci ialah paling suci daripada sudut keyakinan dan yang paling lembut ialah yang paling berlemah lembut kepada sahabat dan taulan.."
0 Komentar untuk "..:CaRiLaH DiMana LetaKnya HaTiMu..::"

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions