.:JiKa Dahi TaK MeNceCah SeJaDaH DuNia..::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Bersihlah kamu sebelum kamu dibersihkan, Berwuhdu' lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan. Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tak guna lagi berseri.

Walau orang hadir itu merintih..Selepas itu kau akan diletakkan ke lantai Lalu dilaksanakan solat jenazah Dengan 4 kali takbir dan satu salam beserta fatihah, salawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Tapi apakah dengan 4 kali takbir itu Dapat menebus dosa solat yang ditinggalkan Seumur hidup. Apakah dengan solat tanpa ruku' dan sujud itu Dapat membayar hutang ruku' dan sujud Yang telah luput.

Sungguh tertipulah dirimu jika berfikir begitu Justeru ku menyeru sekalian muslimin muslimat Usunglah dirimu untuk solat Sebelum engkau diusung ke liang lahat. Menjadi makanan cacing dan ulat.Hadirlah Dirimu ke masjid..Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam barzah.Sucilah kamu sebelum kamu disucikan.

Sedarlah kamu dengan panggilan Izrail Yang menakutkan.Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ia berguna untuk yang tinggal Dan bukan yang mati. Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan.Namun ketika itu istighfar tak dapat menyelamatkan .Ingatlah di mana jua kau berada Kau tetap memijak bumi Tuhan Dan dibumbungi langit Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan Justeru bila Dia menyeru sambutlah seruannya.

Sebelum Dia memanggil buat kali yang terakhir Ingatlah kamu dijadikan dari setitis air Yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging Lalu daging itu membentuk tulang-tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti.Sambutlah seruan haiya `alalsolah Dengan penuh rela dan bersedia. Sahutlah seruan haiya `alalfalah Jalan kemenangan akhirat dan dunia.

Ingatlah yang kekal ialah amal Menjadi bekal sepanjang jalan, Menjadi teman di perjalanan Untuk kembali kepangkuan Tuhan.Pada hari itu Tiada berguna harta, takhta, putra dan Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tidak mencecah sejadah di dunia.Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat..
0 Komentar untuk ".:JiKa Dahi TaK MeNceCah SeJaDaH DuNia..::"

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions