.::SeLamaT DaTang 2010 & TeRiMa KaSih 2009..::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah..esok kita akan memasuki tahun 2010..terima kasih kepada 2009..segala jerit-perih,pahit-manis dan segala macam dugaan pastinya meninggalkan seribu satu pengalaman buat kita semua dalam mengharungi kehidupan dunia seterusnya ke perjalanan menuju hari yang kekal abadi nanti..

Aku teringat kata-kata Syaidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. Katanya "Celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam dan hari esok lebih buruk dari hari ini "..tidak seorang pun tahu apa yang akan dilakukannya pada esok hari sama ada membuat perkara dosa ataupun sebaliknya.Apa yang pasti..yakinlah bahawa setiap orang pasti melakukan kesalahan dan yang membezakan kita semua ialah dengan memohon ampun.Sedar akan kesalahan yang dilakukan dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi.Bukankah dengan setiap kebaikan itu akan menghapus segala kejahatan..

Genap setahun juga aku telibat dalam arena blog nih..walaupun jarang menulis.Sekadar mencelah di laman maya ini..menulis sekadar mahu memberikan input kepada diri sendiri.Jika ia juga memberi kesan kepada pembaca lain..alhamdulillah..

Akhir kata..apa mungkin Allah ' menghadiahkan ' aku keberkatan dengan ketenteraman jiwa jika berterusan melupakan DIA sedangkan tiada satu pun terlepas dari pengetahuan-Nya..??..Apapun di ucapkan selamat datang 2010..dan tidak dilupakan juga kepada 2009..Terima kasih atas segalanya..
0 Komentar untuk ".::SeLamaT DaTang 2010 & TeRiMa KaSih 2009..::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions