.::Bahagia Di Dunia & AkhiRat::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

"Segala Puji Bagi Allah yang memberikan perasaan ketenangan di dalam jiwa orang-orang beriman.."Dengan keizinan Allah SWT..pagi ini aku masih lagi dibenarkan untuk tinggal di bumi milik-Nya ini.

Pagi ini aku aku terfikir..Alangkah indahnya manusia yang sentiasa diberikan ketenangan jiwa oleh Tuhan-Nya.Apabila mendapat nikmat disyukuri,apabaila dicuba dengan ujian juga disyukuri , susah senang sentiasa tenang.Nikmat diberi, ucapan terima kasih tanda syukur diatas rezeki yang diberikan. Syukur kerana dilapangkan keperluan.

Ketika ujian diterima, ucapan syukur juga dihadapkan kerana menjadi insan terpilih dari ramai-ramai manusia untuk ujian ”kenaikan pangkat” di sisi Allah..Bersyukur kerana dirinya masih menjadi perhatian Tuhan.

Allah sayangkan kita, dia menguji kita dahulu apakah kita layak menerima hadiah itu ataupun tidak.Bersangka baik pada Allah, tidak perlukan banyak modal.Hanya membersihkan hati dari segala prasangka.Itulah modal membina ketenangan di jiwa.

Melihat kehidupan dari sudut kaca pandangan Tuhan pada dunia ini, pasti kita akan mudah beroleh ketenangan jiwa.Dengan Allah kita berbaik sangka, dengan manusia kita berlaku baik.

Hidup ini hanya sementara, tetapi amalan akan boleh terus berkekalan sampai kepada kita walau hidup di dunia sudah berakhir.Nabi Muhammad SAW, walau sudah 1432 tahun meninggalkan kita, tapi namanya terus disebut, jasanya terasa sehingga kini.

Semoga saja hati-hati kita akan selalu mendapatkan ketenangan.....dan semoga ALLAH SWT sentiasa memberikan ketetapan pada hati kita untuk tetap di jalan dan keredhaanNYA...

Wallahualam..
0 Komentar untuk ".::Bahagia Di Dunia & AkhiRat::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions