:.:Jiwa Yang Menolak Patah::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Mengapa ada orang yang mampu terus berjalan meskipun cubaan menyerangnya bertubi-tubi? Namun kenapa juga yang lainnya justeru patah, meskipun nampaknya ujian dan derita yang di terima relatif lebih ringan.Mungkinkah ada sebab tertentu..?

Mungkin salah satunya adalah, kerana orang-orang yang mampu melangkah terus, yang tidak mundur dan tidak berhenti, adalah orang-orang yang "kreatif". Jiwa-jiwa mereka kreatif menemukan celah dan terobosan untuk menjaga diri agar tidak patah, agar tidak berhenti. Tentu, di dalamnya ada sebentuk cinta dari Allah S.W.T, sehingga mereka menemukan kunci-kunci untuk tidak berhenti kerana cubaan dan nestapa apa pun. Dan, kunci penyangga itu ternyata ada di mana-mana.

Ia Tidak Pernah Berhenti, Kerana Cinta Ternyata di Sekelilingnya.Orang yang selalu merasakan bahawa Cinta akan sentiasa bersamanya pasti jiwanya akan lebih tenang,aman & selesa dengan dirinya sendiri.Lantas apa lagi yang kita mahukan di atas dunia ini..?

Semoga dengan segala ujian kesedihan mahupun kegembiraan di penghujung tahun 2010 Masihi ini akan menjadikan aku seorang Hamba Allah yang lebih taat akan segala suruhan-Nya.Ikhlaskah ibadatku selama ini hanya untuk-Nya..?Apapun aku masih mengharapkan dan akan terus mencari rahmat-Nya kerana aku yakin Allah S.W.T maha pengampun segala dosa-dosa..Astaghfirullahalazim..
0 Komentar untuk ":.:Jiwa Yang Menolak Patah::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions