.::Pencari Rindu Ilahi::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Kata Seorang Sufi : "Bila Kerinduan terhadap-Mu menguasai hati, Sirnalah segala yang Maujud,Tiada lagi yang mendapat kepuasan..".Rangkap-rangkap puisi ini sudah cukup menggambarkan kerinduan beliau R.a dalam beribadah kepada Tuhan-Nya.Hatinya seolah-olah tidak berkelip walaupun hanya sesaat.Semoga Saja hati kita sentiasa rindukan Allah SWT.Berdoalah...Pohonlah agar dikurniakan rasa Rindu ini...

*Daku terbang mencari-Mu
lalu aku dipanah oleh pemanah
cederalah dadaku
adakah begini nasib si pencari-Mu?

Jika ENGKAU bertanya apakah yang daku mahu
jawapanku hanya satu: ENGKAU, semata-mata ENGKAU.

Selamatkan daku dari anak panah
supaya aku terus kuat terbang kepada-Mu.

ENGKAU Pemilik keteguhan
masukkan daku ke dalam benteng keteguhan-Mu
agar daku menjadi teguh
tiada anak panah mencederakan daku.

Janganlah sesiapa menggangu daku
biarkan daku bersama yang ku KASIH
sehingga DIA mengizinkan
daku menyertai kalian...

*Kisah Para Sufi

0 Komentar untuk ".::Pencari Rindu Ilahi::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions