.::HiKmah diSeBaliK MuSiBaH::.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah..masih sempat mengemaskini Blog setelah berpenat lelah mengemas rumah tempias daripada 'musibah' banjir yang sedang melanda daerah Hulu Terengganu.Mungkin Allah SWT ingin menguji sejauh mana kesabaran hamba-hamba-Nya menghadapi 'musibah' ini..Kata seorang rakan yang memberi semangat melalui SMS yang berbunyi "DIA mahu membasuh Bumi..".Tanggapannya mungkin Allah SWT mahu menghapuskan sebahagian dosa-dosa bagi yang sanggup bersabar menghadapi 'musibah' ini..

Setakat jam 9.00 malam tadi kira-kira seramai dalam 60 orang penduduk masih ditempatkan di pusat pemindahan mangsa banjir di Surau Kg.Tok Lawit.Berkemungkinan untuk bermalam kerana rumah mereka masih ditenggelami air.Kelihatan para Pegawai dari Pejabat Daerah melawat mangsa untuk mengumpul maklumat bagi urusan bantuan barangkali.

Apapun..diharapkan supaya 'musibah' ini tidak berpanjangan dan semoga semuanya dapat berakhir dalam keadaan yang tenang.InsyaAllah..

Wallahualam..
0 Komentar untuk ".::HiKmah diSeBaliK MuSiBaH::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions