.::HaRi Yang PeNuh HaRaPaN::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah..Allah S.W.T masih memberi izin untuk bernafas di atas muka bumi ini.Sekarang sudah masuk 25 Zulhijjah maka hanya tinggal 5 hari saja lagi untuk kita memasuki 1 Muharram 1432H. Tahun Baru Islam.

Hari ini juga aku telah memasuki usia yang ke-26 tahun.Sudah lama aku hidup di dunia ini rupanya.Alhamdulillah..Sesungguhnya Solatku,hidup dan matiku adalah hanya untuk Allah S.W.T..semoga semua yang aku lakukan selama 26 tahun ini mampu menjadi bekalan untuk aku bertemu dengan-Nya di akhirat kelak.Aku akui..dalam mengharungi kehidupan seharian ini ada saja perbuatan dosa yang aku lakukan tanpa sengaja atau tidak.Astagfirullahalazim..

Doaku..aku hanya ingin melafazkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat lagi aku menghirup udara, Oksigen yang ada serta dapat lagi aku melangkah satu demi satu liku kehidupan dunia dengan Izin-Nya..

InsyaAllah akan ada hikmah di sebalik apa yang telah & akan berlaku. Semoga aku dapat penuhkan lagi sisa-sisa umur ini dengan apa-apa yang bermanafaat untuk kehidupan selepas ini.

Wallaualam..
0 Komentar untuk ".::HaRi Yang PeNuh HaRaPaN::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions