.::BerTambahnya Usia DuniA::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Alhamdulillah.Hari ini sudah tiga hari berada di tahun 2011 Masihi..bermakna semakin bertambah 'tua' dunia ini.Makhluk Tuhan yang bernama 'dunia' ini saban hari semakin menunjukkan tanda-tanda 'ketuaannya'..

Masakan tidak..Seluruh penduduk dunia yang menyambut hari bertambahnya usia 'dunia' itu menyambutnya dengan pelbagai cara.Dengan letupan Bunga Api,Pesta Nyanyian dan yang seumpama dengannya.

Untuk apa sebenarnya sambutan seumpama ini dibuat..tidakkah cukup sekadar menanamkan azam untuk tahun baru..?Usahlah kita mudah terpedaya dengan semua ini.Berbaloikah menunggu detik 12 tengah malam hanya semata-mata untuk menyambut bertambahnya 'usia' dunia ini..

Biarlah 'dunia' terus dengan dunianya sendiri.Janganlah kita terus lalai tentang kehidupan kita yang sebenarnya ialah hanya di akhirat.Bertemanlah dengan 'dunia' sekadar 'teman biasa'.'Teman' yang hanya sekadar bertegur sapa apabila bertemu..Sememangnya Allah SWT menciptakan 'teman' kita ini untuk kita mengambil kesempatan mengumpul segala keperluan sementara kita masih 'berteman' dengannya..kerana 'dunia' sesekali tidak akan 'meninggalkan' kita..bahkan kita lah yang akan 'meninggalkan' dunia.Carilah bekal untuk kehidupan selepas ini..

Akhir kata, Doaku..semoga kita memperoleh kebaikan dalam kehidupan kita di dunia & di akhirat kelak...Teruskan bermujahadah..InsyaAllah..

Wallahualam..
0 Komentar untuk ".::BerTambahnya Usia DuniA::."

 
Copyright © 2016 Faqihah Solutions - Hak Cipta Terpelihara
Published By : Faqihah Solutions